1. Bayi Sering Menarik Telinga.
Jika bayi sering menarik telinga, ini menandakan bahawa dia merasa tidak selesa pada bahagian telinga mereka. Jika bayi anda berkelakuan seperti ini, segerakanlah membuat temujanji dan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan konsulatasi pakar.
2. Gangguan Kesihatan.
Bayi yang menghadapi jangkitan di telinga ini kebiasannya akan selalu mengalami gangguan kesihatan seperti muntah dan cirit-birit. Kenapa? Kerana jangkitan virus dan bakteria itu turut menganggu sistem pencernaan bayi.
3. Tidak Selera Makan.
Anak tidak selera untuk makan seperti sebelumnya? Ada kemungkinan mereka menghadapi jangkitan di telinga. Jangkita di bahagian telinga ini akan membuatkan bayi anda merasa sakit di bahagian belakang telinga dan ini jelas menganggu proses makan dan minum iaitu menelan dan mengunyah.
4. Cecair Keluar Daripada Telinga.
Cecair kuning atau putih yang mengalir keluar daripada telinga bayi anda adalah tanda paling jelas bahawa anda perlu membawa bayi anda bertemu dengan doktor sekarang juga. Keadaan yang terjadi ini adalah disebabkan anak anda memang dijangkiti virus dan bakteria. Tetapi jangan bimbang, ianya tidaklah terlampau kronik.