Tuesday, 18 October 2016

Sebab Susu Ibu Perahan Tak Boleh Dipanaskan Berulang Kali

Perlu diingatkan bahawa susu ibu mengandungi nutrien penting untuk bayi termasuk antibodi dan sel-sel hidup yang lain. Kesemua sel tersebut akan mati apabila dipanaskan melebihi suhu yang tinggi.

Jika nutrien tersebut sudah tiada maka bayi yang minum susu ibu itu tidak akan mendapat khasiat yang sepatutnya diperoleh oleh bayi menyusu susu ibu secara eksklusif.

Jangan terkejut sekiranya anak anda mudah terkena jangkitan dan sebagainya. Bukan salah susu ibu tetapi cara pengendalian stok susu ibu yang salah telah merosakkan kesemua nutriennya.

Oleh itu sekiranya ibu berhadapan dengan situasi di mana susu ibu (susu ibu beku yang sudah dicairkan terlebih dahulu dalam peti sejuk) sudah dipanaskan tetapi bayi tidak mahu menyusu kerana masih kenyang, atau susu ibu hanya diminum separuh sahaja oleh bayi maka ibu hanya perlu membiarkan susu tersebut dalam suhu bilik. Susu tersebut tahan dalam masa sejam dari waktu ia dipanaskan.

Jika dalam masa sejam susu masih lagi tidak habis diminum oleh bayi, buangkan sahaja ia. Tidak perlu berasa terkilan atau sayang dengan susu tersebut kerana ibu perlu lebih sayangkan perut anak yang mungkin terkena jangkitan sekiranya dipaksa menghabiskan susu yang kemungkinan sudah terdedah dengan bakteria dari mulut bayi sendiri.
Susu ibu yang sudah dipanaskan atau lebihan susu yang tidak habis diminum oleh bayi, tidak boleh disimpan dalam peti ais dan dipanaskan semula!



Monday, 17 October 2016

Langkah-langkah Membekukan Makanan Bayi. Boleh Jimat Masa!

Apa jenis makanan boleh beku?
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.

Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi.
Jika menggunakan bekas ais batu, setelah makanan membeku, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebut sebelum ia dimeterai.

Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga dua bulan. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.

Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

Jangan panaskan makanan lebih daripada sekali. Dan, Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.

Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.

Mudah bukan? Jika anda mengikut dengan betul langkah untuk membekukan makanan bayi, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat si manja. Paling penting anak tersayang dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri.

Monday, 10 October 2016

Nak Kulit Bayi 'Gebu Gebas'? Amal 6 Cara Penjagaan Ini!

Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan bayi selesa. Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.

Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan bayi. Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan. Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.

Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.

Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya. Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.

Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi perlindungan tambahan.

Cirit-Birit Ketika Mengandung. Lakukan 6 Langkah Ini!

Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.

Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.

Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.

Cara Tangani Anak Sukar Tidur Malam

Jadi apa jalan penyelesaian yang terbaik?
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya.

Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleksi buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir dan mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur.
Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur.

Biasakan menutup suis lampu rumah apabila tiba masa untuk tidur. Apabila suasana sudah gelap maka mereka tahu, sudah masanya untuk tidur. Janganlah anda suruh si kecil masuk tidur tetapi ibu atau ayah masih lagi sibuk di dapur atau menonton TV. Tentu sahaja anak enggan masuk tidur.

Kalau semua cara berikut tidak dapat membantu anak tidur malam, guna pula trik mudah ini. Ajak anak berbual dan bermain sambil berbaring di atas katil. Kemudian anda berpura-pura rasa mengantuk dan tidur. Lama kelamaan anak anda juga akan turut tertidur.
Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari.

Kanak-kanak belajar melalui tauladan. Sejak kecil biasakan dengan situasi di mana semua orang mesti masuk bilik untuk tidur. Jika melihat ibu dan ayah hendak masuk tidur maka sudah tentu mereka juga akan mengikutnya. Tapi amalan ini perlulah dibiasakan sejak bayi lagi, barulah anak senang hendak mencontohi!

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!



Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget. Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.
"Alah sikit je bagi baby rasa biskut ni." Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.


Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.


Jangan ikut perasaan atau mudah berasa kasihan kepada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda.
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.

Sakitnya Bila Kena Bengkak Susu. 7 Petua Ini Untuk Melegakan

Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara, ia boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu ibu kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.

Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Ibu boleh mengepam terlebih dahulu susunya sebelum beri si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara ibu.

Teknik Menghisap Yang Tepat
a. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
b. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
c. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
d. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
e. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
6. Urut payudara
Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut payudara perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
7. Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa iaitu pad gel. Ia boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas bergantung kepada jenis material yang digunakan.

Wednesday, 20 July 2016

MANFAAT AIR KELAPA MUDA BUAT IBU MENGANDUNG


1) Membantu mengurangkan “Morning Sickness” Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
2) Mengelakkan kekejangan Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
3) Membantu mencegah sembelit dalam sistem pencernaan Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.
4) Menguatkan sistem pertahanan tubuh Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
5) Minuman isotonik alami Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
6) Mencegah daripada keluhan “Heartburn” Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
7) Penawar racun Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8) Meningkatkan HDL Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.
9) Membantu proses bersalin Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.

Thursday, 14 July 2016

Tindakan Mesti Dibuat Kalau Si Kecil Cirit-Birit. Jangan Ambil Mudah!





 Perubahan warna najis mungkin disebabkan oleh perubahan dalam dietnya. Oleh itu periksa sama ada anak telah memakan sesuatu yang luar biasa atau tidak.
Maklumlah hari raya, tak perasan anak-anak banyak makan kuih raya. Bagaimanaupn, ada kalanya penyakit tersembunyi menjadi sebab bagi rupa yang berbeza.
Untuk pengetahuan anda, jika najis anak sangat pucat dan berbungkal serta berbau dan terapung apabila cuba mengepamnya, ini bererti anak tidak dapat menghadamkan dengan sempurna kandungan gluten dalam makanan, iaitu sejenis protein yang terdapat dalam bijirin.
Sekiranya najis anak berbuih yang berasid, ia menandakan anak anda tidak boleh menghadamkan susu dengan sempurna (intolerans laktosa).

Beri anak minum banyak air kerana bimbang si kecil mengalami dehidrasi.

Sekiranya si kecil sudah berhenti memakai lampin, eloklah pakaikan semula ketika dia sedang mengalami cirit-birit. Si kecil akan terberak pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sentiasa pastikan anda menjaga kebersihan. Cuci tangan selepas menyalinkan kain lampin bayi dan sebelum menyediakan makanan untuknya. Pastikan juga anak anda sentiasa mencuci tangannya selepas menggunakan tempat pembuangan najis dan sebelum makan.


Sekiranya masalah cirit-birit anak anda berlarutan selama lebih daripada enam jam, mempunyai darah pada najisnya dan menunjukkan tanda penghidratan, segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.


Ekzema bayi: sebab, simptom, rawatan dan krim

Apa itu ekzema?




Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?


Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


Apakah rawatan untuk ekzema?


Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 


Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?


Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. 

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah. 


Apakah rawatan lain yang ada?


Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin. 

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain. 

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit. 


Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?


Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif. 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar. 


Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?


Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 


Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?


Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. 

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.


Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba: 

  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.


  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.