Jadi apa jalan penyelesaian yang terbaik?
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya.
Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleksi buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir dan mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur.
Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur.
Biasakan menutup suis lampu rumah apabila tiba masa untuk tidur. Apabila suasana sudah gelap maka mereka tahu, sudah masanya untuk tidur. Janganlah anda suruh si kecil masuk tidur tetapi ibu atau ayah masih lagi sibuk di dapur atau menonton TV. Tentu sahaja anak enggan masuk tidur.
Kalau semua cara berikut tidak dapat membantu anak tidur malam, guna pula trik mudah ini. Ajak anak berbual dan bermain sambil berbaring di atas katil. Kemudian anda berpura-pura rasa mengantuk dan tidur. Lama kelamaan anak anda juga akan turut tertidur.
Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari.
Kanak-kanak belajar melalui tauladan. Sejak kecil biasakan dengan situasi di mana semua orang mesti masuk bilik untuk tidur. Jika melihat ibu dan ayah hendak masuk tidur maka sudah tentu mereka juga akan mengikutnya. Tapi amalan ini perlulah dibiasakan sejak bayi lagi, barulah anak senang hendak mencontohi!
No comments:
Post a Comment