Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.
No comments:
Post a Comment