Tuesday, 18 October 2016

Sebab Susu Ibu Perahan Tak Boleh Dipanaskan Berulang Kali

Perlu diingatkan bahawa susu ibu mengandungi nutrien penting untuk bayi termasuk antibodi dan sel-sel hidup yang lain. Kesemua sel tersebut akan mati apabila dipanaskan melebihi suhu yang tinggi.

Jika nutrien tersebut sudah tiada maka bayi yang minum susu ibu itu tidak akan mendapat khasiat yang sepatutnya diperoleh oleh bayi menyusu susu ibu secara eksklusif.

Jangan terkejut sekiranya anak anda mudah terkena jangkitan dan sebagainya. Bukan salah susu ibu tetapi cara pengendalian stok susu ibu yang salah telah merosakkan kesemua nutriennya.

Oleh itu sekiranya ibu berhadapan dengan situasi di mana susu ibu (susu ibu beku yang sudah dicairkan terlebih dahulu dalam peti sejuk) sudah dipanaskan tetapi bayi tidak mahu menyusu kerana masih kenyang, atau susu ibu hanya diminum separuh sahaja oleh bayi maka ibu hanya perlu membiarkan susu tersebut dalam suhu bilik. Susu tersebut tahan dalam masa sejam dari waktu ia dipanaskan.

Jika dalam masa sejam susu masih lagi tidak habis diminum oleh bayi, buangkan sahaja ia. Tidak perlu berasa terkilan atau sayang dengan susu tersebut kerana ibu perlu lebih sayangkan perut anak yang mungkin terkena jangkitan sekiranya dipaksa menghabiskan susu yang kemungkinan sudah terdedah dengan bakteria dari mulut bayi sendiri.
Susu ibu yang sudah dipanaskan atau lebihan susu yang tidak habis diminum oleh bayi, tidak boleh disimpan dalam peti ais dan dipanaskan semula!



Monday, 17 October 2016

Langkah-langkah Membekukan Makanan Bayi. Boleh Jimat Masa!

Apa jenis makanan boleh beku?
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.

Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi.
Jika menggunakan bekas ais batu, setelah makanan membeku, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebut sebelum ia dimeterai.

Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga dua bulan. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.

Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

Jangan panaskan makanan lebih daripada sekali. Dan, Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.

Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.

Mudah bukan? Jika anda mengikut dengan betul langkah untuk membekukan makanan bayi, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat si manja. Paling penting anak tersayang dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri.

Monday, 10 October 2016

Nak Kulit Bayi 'Gebu Gebas'? Amal 6 Cara Penjagaan Ini!

Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan bayi selesa. Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.

Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.

Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan bayi. Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan. Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.

Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.

Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya. Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.

Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi perlindungan tambahan.

Cirit-Birit Ketika Mengandung. Lakukan 6 Langkah Ini!

Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.

Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.

Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.

Cara Tangani Anak Sukar Tidur Malam

Jadi apa jalan penyelesaian yang terbaik?
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya.

Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleksi buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir dan mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur.
Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur.

Biasakan menutup suis lampu rumah apabila tiba masa untuk tidur. Apabila suasana sudah gelap maka mereka tahu, sudah masanya untuk tidur. Janganlah anda suruh si kecil masuk tidur tetapi ibu atau ayah masih lagi sibuk di dapur atau menonton TV. Tentu sahaja anak enggan masuk tidur.

Kalau semua cara berikut tidak dapat membantu anak tidur malam, guna pula trik mudah ini. Ajak anak berbual dan bermain sambil berbaring di atas katil. Kemudian anda berpura-pura rasa mengantuk dan tidur. Lama kelamaan anak anda juga akan turut tertidur.
Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari.

Kanak-kanak belajar melalui tauladan. Sejak kecil biasakan dengan situasi di mana semua orang mesti masuk bilik untuk tidur. Jika melihat ibu dan ayah hendak masuk tidur maka sudah tentu mereka juga akan mengikutnya. Tapi amalan ini perlulah dibiasakan sejak bayi lagi, barulah anak senang hendak mencontohi!

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!



Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget. Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.
"Alah sikit je bagi baby rasa biskut ni." Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.


Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.


Jangan ikut perasaan atau mudah berasa kasihan kepada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda.
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.

Sakitnya Bila Kena Bengkak Susu. 7 Petua Ini Untuk Melegakan

Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara, ia boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu ibu kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.

Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Ibu boleh mengepam terlebih dahulu susunya sebelum beri si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara ibu.

Teknik Menghisap Yang Tepat
a. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
b. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
c. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
d. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
e. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
6. Urut payudara
Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut payudara perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
7. Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa iaitu pad gel. Ia boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas bergantung kepada jenis material yang digunakan.